Terma & Syarat SELLECTION®

CARA BAYARAN ANSURAN

  • Program pembayaran secara ansuran 0% faedah ditawarkan dari hasil kolaborasi antara SELLECTION® dan Hoolah
  • Pelanggan harus memilih Hoolah sebagai cara pembayaran ("Payment Method") di laman Checkout (bukan Billplz)
  • Pemilihan Payment Method selain Hoolah adalah pembayaran secara penuh (tiada ansuran)
  • Jika perlu keterangan lanjut, sila klik sini untuk melihat carta alir arahan pembayaran ansuran

KEASLIAN BARANG

  • SELLECTION® menjual barangan yang dibeli secara langsung di butik dan outlet di negara terutamanya Canada, USA, France dan Italy
  • Barang yang dijual tidak semestinya berlabel Made in USA atau dari negara barat yang lain
  • Untuk barangan Coach, kebanyakan beg berlabel Made in Vietnam, Sri Lanka, Phlippines atau negara Asia yang lain
  • Ini tidak bermaksud barangan tipu atau Gred AAA. Mereka menggunakan tenaga buruh dari negara-negara Asia ini untuk pengawalan harga lebih murah. Tetapi jenama seperti MK, Coach, Kate Spade masih dipegang oleh jenama besar ini. Hak cipta terpelihara, original dan asli, dan kualitinya masih sangat bagus
  • Sekarang sudah menjadi kebiasaan barang yang dibeli di kedai di negara seperti USA dan Canada mempunya label "Made in" yang bukan dari negara mereka sendiri
  • Barangan yang mempunya label 'Made in' negara mereka sendiri berharga jauh lebih mahal
  • Berbanding jenama seperti Chanel, Louis Vuitton, Prada, dan Gucci, barangan mereka mempunya label 'Made in' dari negara Eropah sendiri. Oleh itu, tidak mustahil untuk barang dari jenama-jenama ini berharga jauh lebih mahal
  • Barangan jenama eropah yang berharga lebih dari RM3,000 seperti LV, Prada dan Gucci mempunyai label seperti "Made in Paris", "Made in Italy"
  • Barang jenama Longchamp juga ada yang mempunyai 'Made in' dari negara Asia, dan sekali lagi ditekankan ini tidak bermaksud barangan tipu atau Gred AAA
  • SEMUA BARANG YANG TELAH DIBELI ADALAH SUDAH DIYAKINI TERLEBIH DAHULU KEASLIANNYA DENGAN MEMBACA SEMUA MAKLUMAT DIATAS. SEGALA PERTANYAAN TENTANG KEASLIAN SETELAH BARANG DITERIMA TIDAK AKAN DI LAYAN

PAPERBAG & DUSTBAG

  • Secara amnya, paperbag & dustbag original jenama Coach, MK, Katespade, Fossil, Furla, Longchamp tidak diberikan untuk pembelian ready-stock atau pre-order.
  • Walaubagaimanapun, bergantung kepada model dan koleksi barang, dustbag telah didatangkan sekali dengan beg (Eg. untuk barang Koleksi Butik Eksklusif Coach, MK - bukan Koleksi Outlet).
  • Koleksi jenama Eropah seperti Louis Vuitton, Chanel, dan Dior juga akan diberi dustbag.
  • Kami menyediakan paperbag keluaran sendiri yang berjenama SELLECTION® untuk pembelian walk-in di butik.
  • Untuk pembelian online anda diberi peluang untuk membeli paperbag jenama SELLECTION® ini dengan sedikit bayaran tambahan

TEMPAHAN PRE-ORDER

  • Pelanggan diyakini telah semak dan faham tentang anggaran waktu barang akan tiba (ETA-Estimated Time of Arrival) untuk setiap barang dilabel pre-order
  • Oleh kerana tempahan adalah 'pre-order', akan berlaku dimana pihak kami gagal untuk membelinya. Kami akan cuba mencari barang tempahan sebaik mungkin
  • Jika stok barang tempahan pre-order masih tiada akibat kehabisan stok, kami akan memberi cadangan jenis barang yang seakan sama. Sekiranya barang pilihan masih tidak dapat dibeli, wang bayaran/deposit akan dipulangkan.
  • Wang deposit tidak akan dikembalikan jika berlaku PEMBATALAN tempahan yang ditetapkan.
  • NO EXCHANGE, NO REFUND (SELEPAS DEPOSIT DITERIMA), KECUALI BARANG TIADA DALAM STOCK

POLISI PENGHANTARAN

  • Kos penghantaran tektakluk kepada berat dan kawasan (Semenanjung atau Sabah/Sarawak)
  • Anggaran bayaran untuk beg tangan dan barangan kecil adalah sekitar RM10-RM30
  • Sekiranya pembelian melebih dari satu barang, caj pengeposan akan dikenakan mengikuti berat tambahan barang tersebut
  • Caj pos muktamat untuk tempahan langsung dilaman web ditetapkan di checkout (termasuk pilihan "Free Shipping" jika ada promosi)
  • Barang akan dipos dalam masa 48 jam setelah bayaran penuh diterima (tidak termasuk cuti umum).
  • Pos yang digunakan adalah Pos Laju atau J&T.
  • Kami membungkus barang yang ditempah dengan sebaik mungkin untuk menjamin kondisi barang yang terima dalam keadaan terbaik. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
  • Sekiranya barangan diterima adalah salah atau terlebih dari kuantiti yang dipesan, mohon hubungi pihak kami untuk urusan pengeposan balik
  • Barang yang disalah hantar atau dihantar lebih kuantiti adalah bukan milik anda, jadi ianya harus dipulang balik. Barang yang tersalah hantar ini adalah masih milik kami dari segi undang-undang

REFUND & EXCHANGE

REFUND

  • Refund adalah tidak diterima secara am nya.
  • Tetapi setiap kes permohonan untuk refund akan disemak.
  • Tempoh untuk membuat permohonan refund adalah 7 sehari selepas barang diterima.
  • Pihak kami akan cuba memberi jawapan sama lulus atau ditolak untuk refund dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan.
  • Refund yang akan diluluskan hanyalah jika item kehabisan stok sewaktu 'pre-order' atau kesalahan kami dalam proses penghantaran. Contoh kesalahan dari pihak kami adalah barangan yang dihantar adalah salah, atau kondisi barang tidak seperti yang dijangkakan.
  • Sebarang kesilapan dalam proses refund yang menyebabkan kekurangan atau kelebihan amaun dalam proses pemindahan wang perlu diperbetulkan secepat mungkin, dan penjual/pembeli tidak ada hak atas duit yang terlebih bayar.


EXCHANGE

  • Exchange adalah tidak terima secara am nya.
  • Tetapi setiap kes permohonan untuk exchange akan disemak.
  • Tempoh untuk membuat permohonan exchange adalah 7 sehari selepas barang diterima.
  • Pihak kami akan cuba memberi jawapan sama lulus atau ditolak untuk exchange dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan.
  • Exchange yang akan diluluskan hanyalah jika item kehabisan stok sewaktu 'pre-order' dan atas kesalahan kami dalam penghantaran. Contoh kesalahan dari pihak kami adalah barangan yang dihantar adalah salah, atau kondisi barang tidak seperti yang dijangkakan.