SELLECTION ORIGINALITY

SELLECTION ORIGINALITY

#TeamSellectionJun 13, '20

ORIGINALITY
Koleksi yang SELLECTION sediakan adalah stok yang dibeli terus dari Outlet di USA yang sama seperti Genting Premium Outlet atau Johor Premium Outlet di Malaysia. Koleksi dari USA Premium Outlet yang dibawakan ini adalah lebih terbaru dan harga lebih berpatutan berbanding di Malaysia.

Sememangnya tiada item yang Made In USA untuk kebanyakan jenama besar sekarang. Made in Vietnam/ Sri lanka atau mana-mana negara Asia tidak bermaksud tipu. Mereka menggunakan tenaga buruh dari negara Asia untuk kos lebih berpatutan. Tetapi jenama seperti Michael Kors, Coach, atau Kate Spade masih dipegang oleh jenama besar ini. Hak cipta terpelihara dan bukan palsu.

Berbanding jenama seperti Chanel, Louis Vuitton atau Gucci, mereka menggunakan tenaga buruh negara sendiri. Ini menjadikan kos lebih mahal. Jenama besar Eropah, atau mana-mana item jenama besar yang masih menggunakan tenaga buruh negara Eropah sendiri menawarkan harga jauh lebih mahal melebihi RM3000 setiap item.

Founder Story
Pengasas SELLECTION, Puan Rafidah berstatus penduduk tetap Kanada. Beliau memulakan perniagaan ini sewaktu masih tinggal di Montreal, Kanada. Kini Rafidah tinggal di Kuala Lumpur untuk meluaskan perniagaan dan jenama SELLECTION dalam menawarkan koleksi beg tangan dan barangan kulit berjenama mewah.

Puan Rafidah sendiri sudah beberapa kali ditemu ramah dan keluar di beberapa saluran media popular tempatan. Contohnya program MHI TV3, Sarapan Pagi Malaysia TV1, Fresh Brew TV2, mStar, Radio Zayan, Sirap Limau, Hijabista Magazine, dan Majalah Keluarga.