FAQ SELLECTION Instalment

FAQ

#TeamSellectionJun 13, '20

Terma & Syarat dan Soalan Lazim Program Bayaran Ansuran 

1. Adakah dikenakan sebarang caj faedah untuk pelan ansuran ini? Tiada caj faedah di kenakan. SELLECTION menawarkan pelan ansuran dengan 0% faedah.

2. Berapa kali bayaran ansuran yang ditawarkan? Tiga kali ansuran. Bayaran pertama pada waktu pembelian, kemudian setiap 30 hari berikutnya.

3. Adakah barang akan dipos atau disimpan dan dipos/pickup selepas bayaran ketiga dibuat? Barang akan dipos setelah pembelian dan bayaran pertama dibuat.

4. Apakah jumlah minimum dan maksimum pembelian untuk layak membuat bayaran ansuran? Tiada jumlah minimum, dan jumlah maksimum adalah RM1800 dalam satu resit.

5. Apakah perbezaan SELLECTION dan SELLECTION Instalment? SELLECTION memberikan penjimatan harga dengan membuat bayaran penuh, manakala SELLECTION Instalment membantu merancang kewangan anda supaya membolehkan anda untuk memiliki barang berjenama eksklusif.

6. Apakah kaedah bayaran yang diterima? (a) Kad Kredit Visa dan Mastercard dan (b) Kad Debit yang mempunyai logo Visa dan Mastercard.

7. Apakah yang akan terjadi jika bayaran bulanan tidak dibuat? Caj penalti akan dikenakan oleh pihak pengurusan kewangan Hoolah, dan anda akan di “blacklist” untuk menjadi pelanggan SELLECTION.

8. Adakah jumlah penuh harga barang akan di tolak atau “hold” dari baki kad kredit? Tiada hold atau penolakan jumlah penuh pembelian. Kad Kredit/Debit anda hanya akan ditolak berdasarkan jadual pembayaran ansuran.

9. Betulkah Kad Debit juga boleh digunakan untuk program bayaran ansuran ini? Betul. Kad Debit perlu mempunyai logo Visa atau Mastercard pada kad.

10. Bolehkah barang di pulang balik (refund) atau ditukar selepas penerimaan? Semua pembelian tidak dibenarkan sebarang penukaran, melainkan kes tertentu seperti kerosakan dari pengeluar atau pengecualian yang ditetapkan SELLECTION dari semasa ke semasa.

11. Bolehkah pembelian ansuran dibuat di Butik SELLECTION di Wangsa Melawati? Pembelian hanya boleh dibuat melalui dalam talian (online). Anda boleh datang ke butik untuk melihat barang tetapi masih perlu tempahan dalam talian di https://ansuran.sellection.com

12. Bolehkah pelanggan dari luar Malaysia menyertai program pembelian secara ansuran ini? Tidak. Hanya untuk pelanggan yang menggunakan Kad Kredit/Debit yang beralamat di Malaysia, dan juga penghantaran ke alamat di Malaysia.

13. Kepada siapa saya boleh bertanya sebarang soalan lain tentang program ini atau tentang barang-barang dan jenama yang ditawarkan oleh SELLECTION? Hubungi #TeamSellection di talian WhatsApp +60182338566 atau emel admin@sellection.com. Anda juga boleh menghubungi mana-mana Sellection Business Partner (SBP) yang sah. SBP ini boleh dijumpai di media sosial, khususnya dari ruang komen laman media sosial rasmi SELLECTION. facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah & instagram.com/sellectioncom